HARI SUKAN NEGARA 10.10.15
Perdana Menteri
mengisytiharkan Hari Sukan Negara akan diraikan pada Sabtu minggu kedua bulan
Oktober setiap tahun. Lantaran itu, beliau mengumumkan 10 Oktober ini sebagai
Hari Sukan Negara bagi tahun 2015 pada Majlis Pelancaran Hari Sukan Negara yang
diadakan di Pavillion, Kuala Lumpur pada 24 Mac yang lalu. Selaras dengan Bajet
2015, Kerajaan akan mengambil langkah yang bersepadu ke arah mentransformasikan
Malaysia kepada negara bersukan.
Justeru itu, sambutan
Hari Sukan Negara pada 10 Oktober nanti, akan menglibatkan sektor awam, swasta
dan rakyat secara serentak di seluruh negara. Kerajaan berhasrat untuk bukan
sahaja menggalakkan budaya bersukan tetapi menitikberatkan penglibatan bersama dalam aktiviti-aktiviti sukan yang akan merapatkan
hubungan rakyat antara satu sama lain tanpa mengira umur, bangsa dan
kepercayaan agama. “Di samping itu, gaya hidup sihat dengan bersukan juga dapat
mengatasi masalah obesiti dalam kalangan rakyat negara ini, yang menjadi
penyebab kepada penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi,” . Sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan
riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam
meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak
di seluruh pelusuk tanah air.
Hari Sukan Negara ini
adalah penting dalam usaha kerajaan untuk menggalakkan rakyat menerapkan amalan
budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang
aktif bersukan masih lagi rendah. Budaya sukan melalui amalan gaya
hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar
penyakit kronik dalam kalangan rakyat Malaysia.
No comments:
Post a Comment